Anwar kata tak akan cabar kedudukan Dr Mahathir


The Malaysian Insight

KEPIMPINAN Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan dicabar, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim.

Anwar yang dibebaskan hari ini berkata beliau menyokong penuh Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Kita (PH) telah membuat pilihan dan akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dr Mahathir,” kata Anwar.

Sorakan hadirin sejak Anwar memulakan ucapannya semakin kuat apabila beliau berkata tidak akan mencabar kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Jelas Anwar, beliau mempunyai keyakinan tingi pemimpin berusia 93 tahun itu noleh mebawa perubahan kepada rakyat Malaysia meskipun mempunyai sejarah pahit di masa lalu.

“Saya tak akan sokong Dr Mahathir kalau saya tak yakin beliau boleh bawa perubahan kepada negara.

“Saya menyokong kerana pasukan beliau, Azizah, Guan Eng dan Muhyiddin. Ini pasukan yang hebat,” kata Anwar, merujuk kepada pemimpin-pemimpin PH iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhyiddin Yassin. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen