PIHAK polis menyerbu bangunan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya, awal malam ini.
Sumber kerajaan berkata beberapa pegawai polis memasuki bangunan berkenaan pada jam 9 malam, bagi menyerbu pejabat perdana menteri berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atas Najib Razak.
Difahamkan, polis juga telah bergerak ke beberpa lokasi lain, termasuk kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana yang diduduki Najib sebelum kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Perdana Menteri yang baru dilantik, Dr Mahathir Moahamd masih belum memasuki kediaman rasmi itu meskipun telah mendapat akses sepenuhnya selepas mengangkat sumpah pada minggu lepas.
Selepas menyerbu PMO, satu lagi pasukan polis bersama enam kereta dan sebuah trak tiba di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta pada jam 10.15 malam.
Malaysia Decides telah ke Putrajaya untuk meninjau keadaan tetapi dihalang masuk ke jalan di hadapan Seri Perdana.
“Awak tak boleh masuk. Sila buat u-turn,” kata seorang pegawai polis tanpa memberi maklumat lanjut.
Pegawai itu sebelum ini memberitahu Malaysia Decides tiada perkara yang luar biasa berlaku. – 16 Mei, 2018.
Komen