Anwar tiba di Padang Timur, disambut laungan 'Reformasi'


The Malaysian Insight

KETUA Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menerima sambutan gemuruh apabila tiba di Padang Timur, Petaling Jaya tadi.

Pegawai keselamatan terpaksa menyuraikan orang ramai dan media yang menyerbu kenderaan yang dinaiki Anwar sebaik tiba di padang itu.

Kira-kira 5,000 hadirin yang memakai baju biru muda, iaitu warna PKR, melaungkan “Reformasi”.

Mereka turut mengibarkan bendera besar PKR di tengah-tengah padang.

Anwar hadir bersama isteri beliau, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah.

Anwar dijangka yang terakhir memberi ucapan pada malam ini. 

Ini merupakan pidato sulung bekas timbalan perdana menteri itu selepas menjalani hampir tiga tahun hukuman penjara sejak Februari 2015. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen