Penyokong Pakatan solat hajat berjemaah di Padang Timur


The Malaysian Insight

KIRA-kira 200 penyokong PKR dan Pakatan Harapan (PH) menunaikan solat Maghrib, solat hajat dan solat terawih berjemaah di Padang Timur, Petaling Jaya hari ini.

Diimamkan oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrolamin Bahron, solat hajat pada malam ini adalah untuk memohon kesejahteraan PH selain melahirkan kesyukuran ke atas pembebasan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar dan pimpinan tertinggi PH akan menyampaikan ceramah selepas jam 10 malam.

Ini merupakan pidato sulung bekas timbalan perdana menteri itu selepas menjalani hampir tiga tahun hukuman penjara sejak Februari 2015.

Anwar dijanjikan jawatan Perdana Menteri ke-8 selepas PH yang diketuai oleh bekas musuh ketatnya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed dan isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen