'Tiada campur tangan politik', kata jawatankuasa berhubung pembaharuan kehakiman


The Malaysian Insight

JAWATANKUASA Pembaharuan Institusi, yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini berkata pembaharuan kehakiman akan bermula dengan proses pelantikan yang perlu bebas daripada campur tangan politik.

“Perkara terakhir yang kita mahukan adalah camur tangan politik atau campur tangan eksekutif ke atas kehakiman. Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan orang yang sepatutnya sebagai hakim,” kata bekas hakim Mahkamah Rayuan KC Vohrah kepada pemberita hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai, presiden Patriot Kebangsaan Brig Jen (B) Mohamed Arshad Raji, Profesor Undang-Undang Tunku Abdul Rahman Universiti Malaya Shad Saleem Faruqi dan presiden Hakam Ambiga Sreenevasan.

Vohrah berkata jawatankuasa itu akan melihat kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), yang kini terdiri daripada emat hakim kanan mahkamah yang diketuai oleh Ketua Hakim Raus Sharif dan lima ahli lain.

“Ketika ini, JAC paling atas. Bolehkah kamu bayangkan, untuk memilih hakim kamu perlu memiliki kumpulan yang membuat keputusan. (Empat) hakim berada dalam suruhanjaya dan anda mendapat lima lagi orang yang kebanyakannya hakim bersara.

“Adakah kamu fikir mereka tidak akan memberi penghormatan kepada ketua (hakim) yang akan berkata ‘Saya mahu ini, saya mahu itu sesuatu yang perlu dilakukan.’”

Vohrah merujuk kepada sistem kehakiman Inggeris, yang mana JAC diketuai oleh bukan peguam dan terdiri daripada “orang bawahan”.

Mah berkata amat penting bagi peguam untuk disertakan dalam suruhanjaya ini.

“Kerana peguam, mereka adalah pengguna sistem mahkamah. Mereka ke mahkamah setiap hari. Mereka tahu siapa hakim yang baik dan siapa hakim yang kurang baik. Jadi, letakkan presiden Badan Peguam sebagai contoh, dalam suruhanjaya ini, ia sangat baik.”

Terdahulu Vohrah berkata pernaan perdana menteri dalam proses pelantikan sebelum ini “menyebabkan banyak masalah”. “Jika kamu hantar nama kepada perdana menteri, perdana menteri berhak untuk menyatakan “saya tidak mahu”.

“Beliau tidak kata tidak mahu, Beluau akan katakan, hantar lagi senarai nama,” tambahnya.

“Ia seperti menolak orang yang mahu dilantik. Kamu tahu ramai hakim yang boleh dijadikan contoh dalam tugas mereka tetapi tidak dinaikkan pangkat. Itu sesuatu yang kita cuba elakkan.”

Katanya, sistem kehakiman Inggeris memerlukan setiap penolakan berserta dengan alasan.

Vohrah berkata secara perlembagaan, kuasa pelantikan terletak pada perdana menteri selepas berunding dengan hakim yang relevan, atau ketua hakim dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Itu mungkin perlu pinda perlembagaan.”– 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen