MAJLIS Penasihat Kerajaan akan memanggil bekas pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Irwan Siregar bagi membantu siasatan ke atas dana yang dipalit skandal itu.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu dipanggil supaya bertemu majlis tersebut yang diketuai oleh bekas menteri kewangan Daim Zainuddin pada jam 5 petang ini di Menara Ilham.
Ahli majlis penasihat ini terdiri daripada bekas gabenor Ban Negara Malaysia Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden dan CEO Petronas Mohd Hassan Marican, pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan jutawan Robert Kuok.
Irwan semalam telah disahkan akan dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan.
Kontrak perkhidmatannya juga dipendekkan kepada 14 Jun ini.
Dr Mahathir berkata Irwan kini dalam senarai menunggu untuk disiasat. – 16 Mei, 2018.
Komen