Dr Mahathir arah kutipan GST dihentikan


The Malaysian Insight

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan supaya kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihentikan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ini kerana kerajaan yang berada di bawah pimpinan Najib Razak sebelum ini telah mengutip jumlah melebihi dari yang sepatutnya.

“Arahan telah diberi supaya kita tak kutip GST lagi, dan kita cuba bayar balik kepada mereka yang telah membuat tuntutan kerana pihak kerajaan lama telah memungut lebih daripada yang perlu dibayar untuk cukai GST,” katanya kepada pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana sebentar tadi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menjelaskan sama ada cukai tersebut dimansuhkan secara serta- merta kerana sebarang pindaan perlu dibawa ke sidang Dewan Rakyat terlebih dahulu.

GST mula diperkenalkan pada 1 April 2015 pada kadar 6%.

Namun, kenyataan media dari Kementerian Kewangan mengatakan pengenaan GST pada kadar sifar akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen