TAWARAN 20% royalti minyak, pulangan 50% daripada kesemua kutipan cukai serta autonomi kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan daripa Pakatan Harapan (PH) kini tidak lagi sah, kata Pegerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen hari ini.
Ini berikutan Barisan Nasional (BN) telah menolak tawaran tersebut pada 9 Mei lalu.
PH Sarawak menawarkan BN “Perjanjian Baharu” untuk autonomi dan penurunan kuasa yang lebih besar kepada Sarawak sekiranya PH berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu, namun ia ditolak.
Perjanjian Baharu itu ditandatangani oleh tiga pemimpin PH negeri, iaitu Chong bagi DAP, Baru Bian (PKR) dan Fidzuan Zaidi (Amanah). – 16 Mei, 2018.
Komen