Slogan dari projek 1Malaysia akan diganti


The Malaysian Insight

SLOGAN dari projek 1Malaysia yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak akan dibuang dan diganti baru, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, slogan baru akan digantikan bersesuaian dengan pentadbiran baru yang diterajuinya.

“Kita mungkin terpaksa ubah kepada slogan yang lain. Sekarang ini kita belum kenal pasti slogan yang sesuai dengan pemerintahan baru,” katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Antara projek-projek 1Malaysia adalah Klinik Kesihatan 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Projek-projek tersebut sebelum ini dikritik hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan kerana dikatakan lebih memberi manfaat kepada pihak tertentu berbanding kepada rakyat. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen