Jawatankuasa pembaharuan akan bendung kuasa lantikan PM 


The Malaysian Insight

JAWATANKUASA Pembaharuan Institusi, yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini membendung kuasa perdana menteri dalam melantik ketua bagi pelbagai agensi dan badan penguatkuasa.

Agensi termasuk Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, dan juga pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jawatankuasa itu mempunyai 60 hari untuk mengesyorkan kepada kerajaan, yang berkemungkinan termasuk pemansuhan dan penggubalan beberapa undang-undang yang disifatkan sebagai untuk memperkasakan cabang eksekutif kerajaan.

Fokus utama jawatankuasa itu adalah untuk mengatasi rasuah yang disebabkan oleh “tadbir urus yang baik” terhakis, kata ahli jawatankuasa itu yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan KC Vohrah.Katanya, ia akan menekankan kepada pengukuhan kedaulatan undang-undang dan pemisahan kuasa antara eksekutif, badan kehakiman dan perundangan.

Turut hadir pada mesyuarat itu bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai, presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen (B) Mohamed Arshad Raji, pensyarah undang-undang Universiti Malaya Shad Saleem Faruqi dan presiden Hakam Ambiga Sreenevasan.

Jawatankuasa itu akan menghantar laporan kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang mengatakan pembaharuan ekonomi perlu disertakan oleh institusi.

“Kita akan melihat kepada pelantikan yang hanya boleh disyorkan perdana menteri kerana itu puncanya pemusatan kuasa dalam eksekutif,” kata Ambiga.

“Kita akan lihat sama ada ia boleh menjadi lebih bebas.”

Setakat ini, jawatankuasa terbabit mencadangkan pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya awam.

Mah dan Faruqi turut memberitahu pemberita undang-undang yang memerlukan “perhatian segera” adalah undang-undang antiberita palsu, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan “beberapa aspek” Akta Rahsia Rasmi.

Ambiga berkata terdapat pembaharuan yang melibatkan penggubalan perlembagaan: “Tetapi banyak juga yang tidak melibatkan penggubalan perlembagaan. Ia berkemungkinan perubahan struktur, bukan perubahan undang-undang.”

Pembaharuan prosedur Parlimen dan jawatankuasa boeh dibuat dengan meminda peraturan mesyuarat setiap dewan, contohnya, kata Faruqi.

“Jika pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menjadi ahli embangkang, seperti di England, ia tidak memerlukan undang-undang. Ia hanyalah proses dan peraturan,” katanya.

Jawatankuasa itu juga akan berunding dengan pihak berkepentingan yang relevan dan akan menubuhkan jawatankuasa kecil untuk menjawb sebarang persoalan sebelum syor itu dibentangkan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan pada Julai.

“Kita perlu menyusun cadangan oleh peguam (kumpulan peguam dan kumpulan lain) dan mengemaskini dan menerima pertanyaan sebelum memberi penjelasan kepada kami tentang cadangan mereka. Dan tentunya institusi itu sendiri akan dijemput untuk input mereka tentang bagaimana pembaharuan itu perlu dilakukan,” kata Ambiga.

“Tidak ada keraguan ini adalah tugas yang besar. Sesuatu yang boleh dilakukan dengan cepat, jadi saya berharap untuk melihat perkara-perkara jangka pendek yang boleh dilakukan serta-merta dan ada yang akan memakan masa sedikit panjang.

“Kamu boleh nilai situasi di mana kita berada melalui cara institusi beroperasi. Masyarakat umum boleh menilai,” katanya. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen