PELANTIKAN ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu akan mengambil masa kerana ia memerlukan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
“Jawatan ini dan beberapa jawatan lain memerlukan perkenan daripada Agong dan ia ditangguhkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Dr Mahathir pada Isnin berkata, ketua pesuruhjaya SPRM akan dilantik pada Selasa berikutan peletakan jawatan Dzulkifli Ahmad. – 16 Mei, 2018.
Komen