BARISAN exco kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan yang terkuat digabungkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan, kata Chow Kon Yeow.
Ketua menteri itu berkata, pentadbiran memutuskan untuk mengekalkan status quo bagi jumlah jawatan exco yang diperuntukan kepada parti komponen PH.
“Kami merasakan ini merupakan barisan exco yang kuat untuk membantu kerajana Pulau Pinang bagi tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi 68 janji manifesto,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
10 exco kerajaan negeri Pulau Pinang mengangkat sumpah pagi ini. Mereka adalah daripada DAP dan PKR, dua parti yang memenangi 33 daripada 37 kerusi negeri yang disandang oleh PH di Pulau Pinang.
Chow berkata, keputusan untuk tidak meletakkan exco daripada Bersatu dan Amanah adalah berdasarkan “semangat PH”.
Dua parti baharu itu hanya memenangi dua kerusi negeri pada pilihan raya 9 Mei lalu.
“Dalam peruntukan untuk jawatan exco dan kementerian, adalah biasa untuk mendaat kurang daripada yang kita mahukan atau langsung tiada. Di sesetengah negeri, DAP memenangi kerusi paling banyak tetapi ketua menterinya bukan dari DAP.
“Tetapi itulah semangat PH yang maju ke hadapan selepas memenangi pilihan raya,” katanya.
Chow berkata, dengan mengambil portfolio pengangkutan akan membolehkan beliau melihat pengurusan trafik, projek infrastruktur utama dalam Pelan Pengangkutan Pulau Pinang dan projek terowong dasar laut serta projek pembinaan tiga lebuh raya.
“Ia merupakan cabaran yang besar tetapi saya akan meneruskan kerja yang saya mulakan sejak mendrafkan pelan itu.
“Apabila projek pembangunan dilaksanakan, sesetengah tanggungjawab akan diserahkan kepada exco yang bertanggungjawab dalam kerja raya,” katanya.
Pada penggal lalu, Chow memegang portfolio kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas dan mitigasi banjir.
Portflio kerajaan tempatan kini dipegang Jagdeep Singh Deo, yang turut memegang portfolio perumahan dan perancangan bandar dan desa.
Mitigasi banjir kini meuruskan leh Zairil Khir Johari yang mengendalikan kerja raya dan utiliti.
“Semua portfolio ii dusah diambil daripada saya,” katanya dalam nada bergurau.
Chow berkata, menjadi ketua menteri dan Ahli Parlimen Tanjong membolehkan beliau bersuara untuk Pulau Pinang di Parlimen.
“Selepas 10 tahun menguruskan portfolio yang mencabar dalam kerajaan, saya berharap dapat menguruskan masa dengan lebih baik untuk membawa isu Pulau Pinang kepada menteri-menteri di Dewan Rakyat.
“(Bekas ketua menteri) Lim Guan Eng juga memegang jawatan ketua menteri dan ahli Parlimen dalam 10 tahun lalu, dan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengetengahkan isu Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan. Saya juga akan melakukan perkara yang sama,” katanya.
Chow berkata perntadbiran PH mencalonkan Law Choo Kiang sebagai speaker sidang Dewan Undangan Negeri.
“Kami merancang untuk mengadakan sidang dewan khas bulan depan untuk melantik speaker. Jika ada nama lain dicalonkan, kami akan buat undian.
“Kami akan tentukan kemudian siapa yang akan menjadi timbalan speaker,” katanya.
Law, yang merupakan dari PKR telah menjadi speaker sejak 2013. Beliau merupakan bekas Adun Bukit Tambun. Beliau bagaimanapun tidak bertanding pada pilihan raya umum baru-baru ini. – 16 Mei, 2018.
Komen