Anwar menghadap Agong tengah hari ini, kata Azmin


The Malaysian Insight

MENTERI Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras pagi ini bertemu Anwar Ibrahim untuk menyerahkan surat rasmi dari Istana Negara menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bertemu ahli politik yang bakal bebas dari penjara itu.

Azmin berkata surat itu menyatakan Sultan Muhammad V berkenan untuk tiga individu iaitu Azmin, Anwar dan Presiden PKR Wan Azizah Ismail datang menghadapnya.

“Kami akan menghadap Agong jam 12.30 tengah hari ini,” kata Azmin.

Sementara itu, pemimpin PKR Mohd Fahmi Fadzil berkata Lembaga Pengampunan akan bersidang pada 11 pagi dan Anwar akan dibawa keluar selepas proses itu selesa.

“Saya tidak tahu jam berapa. Tetapi sebaik saja ia selesai, Anwar akan memberi ucapan ringkas di hospital dan ke tempat lain sebelum pulau ke rumah,” kata Fahmi.

Anwar yang dipenjarakan lima tahun selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, dijangka dibebaskan hari ini, beberapa minggu lebih awal dari tarikh pada Jun. – 16 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen