1MALAYSIA Development Berhad memerlukan sekurang-kurangnya RM1.52 bilion setahun dari November 2015 hingga Mei 2024 untuk membayar semula hutangnya, kata Ketua Audit Negara dalam laporannya kepada Putrajaya.
Ketua audit negara berkata, ini berdasarkan andaian bahawa rasionalisasi yang dirancang untuk dilaksanakan dan tiada pinjaman baharu dibuat antara Oktober 2015, ia dianggarkan RM42.26 bilion diperlukan untuk membayar semula hutang yang akan matang antara November 2015 dan Mei 2039.
“1MDB perlu menyediakan jumlah yang besar untuk memenuhi kewajipannya - RM4.88 bilion pada 2016, RM14.74 pada 2023 dan RM5.14 bilion pada 2039,” kata Ketua Audit Negara dalam laporan itu.
Menurutnya, analisis aliran tunai bagi penyata kewangan dari tahun 2010 hingga 2014 menunjukkan bayaran modal 1MDB hanya RM1 juta.
“Amaun yang kecil ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak stabil (dari segi kewangan) kerana ia perlu meminjam untuk aktivitinya. Menerusi tahun kewangan 2010 hingga 2014, 1MDB memperoleh 17 pinjaman (tidak termasuk pinjaman yang diwarisi) pada nilai nominal RM42.88 bilion tetapi menerima wang tunai hingga RM39.17 bilion.
“Bagaimanapun, aktiviti (syarikat) yang dibiaya dengan pinjaman tidak menjana aliran wang yang diperlukan untuk membayar hutang,” ketua audit dilaporkan sebagai berkata dalam laporan itu.
Bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan audit pada 2015 berikutan dakwaan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit ke atas dana negara itu, tetapi kemudiannya mengklasifikasikannya sebagai sulit selepas ia lengkap.
Najib sendiri didakwa menggelapkan RM2.6 bilion daripada 1MDB, yang mana dia didapati disalurkan ke akaun peribadinya. Beliau menafikan sebarang ssalah laku dan mendakwa wang berkenaan adalah derma daripada Raja Arab Saudi.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat turut mengenal pasti Low Taek Jho, yang merupakan kenalan rapat Najib, sebagai dalang utama dalam skandal itu, yang mana sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM17.8 bilion) diseleweng.
Membuka semula kertas siasatan 1MDB merupakan salah satu janji kempen utama Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei, yang memberi kemenangan kepada mereka. – 15 Mei, 2018.
Komen