KERAJAAN hari ini mendedahkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang bakal memberi tekanan kepada Najib Razak dan individu yang terkait dengan syarikat yang diselubungi skandal itu.
Ia dibuat selepas pertemuan ketua audit negara Madinah Mohamad dengan perdana menteri Najib Razak hari ini.
“Saya merujuk kepada laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai sulit pada 22 Januari, 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Mac, 2016.
“Saya ingin maklumkan bahawa laporan audit 1MDB diklasifikasikan semula sebagai dokumen bebas,” katanya pada satu kenyataan media, dan menambah ringkasan eksekutif laporna berkenaan kini boleh didapati di laman web Jabatan Audit Negara.
Bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan audit pada 2015 berikutan dakwaan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit ke atas dana negara itu, tetapi kemudiannya mengklasifikasikannya sebagai sulit selepas ia lengkap.
Najib sendiri didakwa menggelapkan RM2.6 bilion daripada 1MDB, yang mana dia didapati disalurkan ke akaun peribadinya. Beliau menafikan sebarang ssalah laku dan mendakwa wang berkenaan adalah derma daripada Raja Arab Saudi.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat turut mengenal pasti Low Taek Jho, yang merupakan kenalan rapat Najib, sebagai dalang utama dalam skandal itu, yang mana sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM17.8 bilion) diseleweng.
Membuka semula kertas siasatan 1MDB merupakan salah satu janji kempen utama Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei, yang memberi kemenangan kepada mereka. – 15 Mei, 2018.
Komen