WAN Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Abu Bakar hari ini.
Turut mengangkat sumpah adalah lapan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang.
Wan Rosdy memberitahu Bernama kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada membina hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) disamping mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
“Penekanan juga akan diberikan untuk memenangi hati dan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Parlimen Jelai itu.
Istiadat mengangkat sumpah hari ini disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Wan Rosdy yang akan memulakan tugas esok berkata, portfolio kelapan-lapan exco terbabit akan ditentukan dalam masa terdekat. – 15 Mei, 2018.
Komen