Manja Ismail sebagai editor pengurusan berita dan hal ehwal semasa Media Prima


The Malaysian Insight

MANJA Ismail dilantik sebagai editor pengurusan kumpulan, berita dan hal ehwal semasa, Media Prima Television Network, berikutan pengguguran Ashraf Abdullah pada Isnin.

Manja yang memulakan kariernya bersama akhbar berbahasa Melayu Berita Harian diberikan surat pelantikan hari ini.

Kakitangan syarikat berkenaan dimaklumkan menerusi emel, yang dilihat oleh Malaysia Decides hari ini.

Keputusan Media Prima untuk menggugurkan Ashraf dilihat sebagai langkah Media Prima untuk menenangkan kerajaan baharu di Putrajaya.

Sejak Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, penyokong kerajaan baharu menyenaraikan individu yang pru dihukum kerana melakukan perbuatan salah ketika rejim Najib berkuasa.

Nama Ashraf merupakan antara senarai tertinggi berikutan tindakannya yang dilakukan menerusi Buletin Utama untuk menyerang Dr Mahathir dan sesiapa yang mengkritik Najib Razak.

Bagaimanapun, sejak Pakatan Harapan mengambil alih, liputan berita TV3 dilihat semakin menyeluruh.

Malah TV3 dan beberapa syarikat di bawah stesen yang sama NTV 7, Channel 9 dan 8TV turut melaporkan krisis yang melanda Umno kini.

Semalam ketua pegawai eksekutif New Straits Times Jalil Hamid memberitahu mesyuarat town hallnya, penerbitan kumpulan itu memberikan berita yang adil dan seimbang.

Akhbar dalam syarikat itu juga didakwa turut menyerang pembangkang pada PRU14. – 15 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen