SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (Mavcom) membuat laporan polis terhadap ketua pegawai eksekutif Kumpulan Air Asia Tony Fernandes berhubung dakwaan ia mengarahkan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk membatalkan 120 penerbangan tambahan ketika Pilihan Raya Umum ke 14.
Mendakwa dakwaan itu tidak berasas dan berniat jahat, suruhanjaya terbabit turut menolak dakwaan Tony bahawa ia telah memanggil mana-mana kakitangan AirAsia berhubung perkara itu.
“Suruhanjaya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada AirAsia untuk mengurangkan atau membatalkan penerbangan yang mana ia memenuhi keperluan peraturan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mavcom, pada 13 April 2018 dan 18 April 2018, AirAsia memohon untuk 54 penerbangan tambahan (27 penerbangan kembali dengan jumlah maksimum 13,660 penumpang) untuk beroperasi ketika tempoh PRU14, yang mana ia diluluskan oleh Mavcom pada 17 April 2018 dan 18 April 2018.
“Pada 3.20 petang 20 April 2018 (Jumaat), syarikat penerbangan terbabit memohon 86 lagi penerbangan tambahan (43 penerbangan kembali dengan jumlah maksimum 15,480 penumpang) untuk beroperasi pada tempoh PRU14.
“Bagaimanapun, pada 23 April 2018 (Isnin) pada jam 8.17 pagi, Suruhanjaya menerima pemohonan semakan semula penerbangan untuk 66 penerbangan tambahan (33 penerbanan kembali dengan jumlah maksimum 12,274 penumpang) bagi tempoh 6-13 Mei 2018, daripada AirAsia menggantikan permohonan terdahulunya.
“Dalam emel permohonannya, AirAsia menetapkan bahawa permohonan terdahulu perlu diabaikan. Suruhanjaya mengambil maklum semakan ini dan kemudiannya meluluskan permohonan semakan pada hari yang sama,” katany adan menambah pihaknya meluluskan kesemua 66 penerbangan tambahan yang dimohon oleh AirAsia pada 23 April 2018.
Pada 19 dan 20 April, pengerusi eksekutif Mavcom Abdullah Ahmad mendapatkan pengesahan daripada semua syarikat penerbangan sama ada terdapat permintaan yang cukup untuk penerbangan tambahan yang dimohon.
“Suruhanjaya ingin mengulangi kenyataan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk mengurangkan atau membatalkan mana-mana penerbangan.
“Hanya AirAsia yang meneruskan untuk mengurangkan permohonan penerbangan tambahan manakala Firefly, Malaysia Airlines dan Malinda kekal denggan permohonan mereka,” katanya.
Mavcom berkata termasuk AirAsia, suruhanjaya itu meluluskan permohonan penerbangan tambahan daripada pelbagai syarikat penerbangan erpangkalan di Malaysia pada 24 April 2018, dengan 166 jumlah penerbangan (83 penerbangan kembali dengan jumlah maksimum 26,434 penumpang).
Pada 13 Mei, Tony Fernandes mendakwa beliau dipanggil oleh Mavcom 24 jam selepas mengumumkan penerbangan tambahan dan diarahkan untuk membatalkannya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tohmahan yang diterima oleh rakyat Malaysia selepas memuatnaik video yang menunjukkan sokongannya terhadap pentadbiran Najib Razak.
Tony juga mendakwa beliau menerima tekanan daripada pejabat bekas perdana menteri itu untuk memecat pengerusi AirAsia X Rafidah Aziz, yang berkempen untuk Pakatan Harapan.
Tambahnya, beliau memuat naik video pertama itu adalah untuk menenangkan tekanan daripada kerajaan dan menambah ia merupakan kesilapannya dalam percaturan. – 15 Mei, 2018.
Komen