PRESIDEN Badan Peguam Malaysia menafikan mencadang nama peguam terkenal Ambiga Sreenevasan untuk dipertimbangkan bagi jawatan Peguam Negara.
“Kami ingin mengesahkan bahawa tindakan dibuat secara tidak disengajakan,” kata George Varughese dalam satu kenyataan hari ini.
“Saya ditanya sama ada Ambiga Sreenevasan memiliki kualiti sebagai seorang yang layak memegang jawatan Peguam Negara, yang mana saya menjawab secara positif.
“Bagaimanapun, perkara itu sama sekali bermakna bahawa Badan Peguam Malaysia telah mencadangkan perlantikan Ambiga Sreenevasan sebagai peguam negara.
“Pandangan itu adalah tidak tepat. Tidak dinafikan terdapat beberapa calon lain lagi yang juga berkelayakan dan sesuai untuk jawatan peguam negara,” tambahnya.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Badan Peguam memberi sokongan kepada bekas presidennya Ambiga Sreenevasan untuk dilantik sebagai peguam negara.
Dilaporkan ahawa George berkata Ambiga akan jadi “calon sesuai” untuk jawatan itu, dan mengatakan beliau bukan ahli politik yang akan memastikan kebebasan Pejabat Peguam Negara.
Peguam Negara Apandi Ali dituduh menyembunyikan bukti berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika pentadbiran Najib Razak. Beliau diberi cuti tanpa rekod selama 30 hari bermula hari ini.– 15 Mei, 2018.
Komen