JIKA Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif memilih untuk tidak meletakkan jawatan, beliau mungkin perlu berdepan tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, kata peguam.
Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh disingkirkan oleh tribunal khas yang dibentuk oleh Agong atas nasihat perdana menteri di bawah Perkara 125 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang terdiri daripada lima orang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.
Perkara 125 (3) memberi kuasa kepada perdana menteri membuat representasi kepada Agong untuk memberhentikan hakim.
Ia selanjutnya menyatakan seseorang hakim boleh diberhentikan dengan alasan “seseorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika” atau “atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya.”
Ia selanjutnya menyatakan Agong akan melantik satu tribunal melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
“Tribunal itu terdiri daripada status hakim mahkamah tinggi dan ke atas sama ada dari dalam atau luar negara,” kata pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom.
Surendra Ananth, ketua pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam berkata isu undang-undang mungkin berhubung pelantikan Raus sebagai hakim tambahan, yang membolehkan tempoh perkhidmatannya dilanjutkan.
“Masalahnya ialah ketua hakim semasa masih dalam kontrak sebagai hakim tambahan, boleh dipertikaikan yang peruntukan di atas tidak terpakai kepadanya sebagai jaminan tempoh adalah sehingga bersara.
“Ia mungkin berguna jika melihat kontrak lantikannya sebagai hakim tambahan, tetapi saya tidak boleh memberikan pandangan afirmatif sama ada peruntukan khas bagi menyingkirkan hakim mahkamah persekutuan boleh digunakan pakai kepada hakim tambahan,” kata Surendra sambil menambah peruntukan itu boleh dipertikaikan bagi menjamin tempoh perkhidmatan.
Seorang hakim mahkamah persekutuan mempunyai jaminan tempoh perkhidmatan sehingga umur 66 tahun, enam bulan.
Tribunal sedemikian mungkin juga berisiko dilihat sebagai mengganggu mahkamah, jika gagal dilaksanakan dengan baik.
“Ia semua sangat terbuka dan ya, ia tentunya campur tangan badan kehakiman. Inilah yang dilakukan Dr Mahathir Mohamad kepada Salleh Abbas pada 1988!” kata Azmi, merujuk kepada pemecatan bekas ketua hakim negara yang membawa kepada krisis badan kehakiman pertama Malaysia.
Hari ini, Dr Mahathir bertemu Raus dan bekas peguam negara Abdul Gani Patail di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Raus dijadualkan bersara wajib, mengikut Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan, pada 4 Ogos tahun lepas tetapi dilanjutkan tiga tahun lagi di bawah pentadbiran Najib Razak.
Tahun lepas, Amanah, Dr Mahathir dan Majlis Peguam Malaysia memfailkan cabaran berasingan terhadap pelantikan Raus dan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin, dengan menyatakan tempoh lanjutan perkhidmatan mereka tidak mengikut Perlembagaan kerana melebihi usia bersara wajib – 15 Mei, 2018.
Komen