Tiada manipulasi dalam PRU14, kata SPR


The Malaysian Insight

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menyangkal Bersih 2.0 yang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada minggu lepas penuh dengan manipulasi.

Pengerusinya Mohd Hashim Abdullah berkata badan itu tidak memanipulasi PRU14 untuk membolehkan parti tertentu menang

“Semua proses PRU14 dijalankan dengan telus dan adil tanpa manipulasi yang ditujukan kepada parti tertentu.

“SPR tidak pernah campur tangan dalam perkara seperti itu, termasuk pengiraan dan pejumlahan kertas undi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bersih semalam menyeru peletakan jawatan tujuh pesuruhjaya SPR dalam masa 100 hari kerana “penglibatannya dalam cubaan menghalang demokrasi dan hak rakyat untuk mengundi”.

Hashim berkata keputusan PRU14, yang menyebelahi Pakatan Harapan dan peralihan kuasa yang lancar, membuktikan PRU14 dijalankan secara adil dan telus.

“SPR bersedia memberikan kerjasama penuh untuk membuktikan tiada manipulasi atau salah laku dalam proses pengundian,” katanya sambil menambah proses pengundian itu ditangani oleh 259,000 kakitangan pilihan raya yang dilantik di kalangan orang ramai dan disaksikan oleh ejen dilantik oleh calon atau parti yang bertanding. – 15 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen