DZULKIFLI Ahmad dilaporkan kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara hari ini.
Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tiba di Pejabat Peguam Negara di Presint 4, Proton Perdana, Putrajaya jam 8.05 pagi tadi.
Dzulkifli senyum dan melambai ke arah wakil media yang menunggunya sejak 7 pagi, sebelum berjalan ke lobi dan mendaftar di kaunter.
Beliau semalam berkata meletakkan jawatan di SPRM. Kontraknya dijadualkan tamat pada Julai, 2021.
Dzulkifli sebelum ini mengetuai pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara di Pejabat Peguam Negara.
Beliau dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos, 2016 menggantikan Abu Kassim Mohamed yang memegang jawatan itu sejak 1 Januari, 2010 hingga 31 Julai, 2016. – 15 Mei, 2018.
Komen