Bodoh kalau lantik Anwar jadi PM sekarang, kata Daim


The Malaysian Insight

ANWAR Ibrahim yang dijangka dibebaskan dari penjara minggu ini tidak sepatutnya dilantik menjadi perdana menteri serta-merta, kata Daim Zainuddin yang menyifatkan tindakan itu sebagai “bodoh”.

Anwar, 70, dijangka menerima pengampunan diraja esok. Sebahagian rancangan Pakatan Harapan (PH) ialah untuk memilih ketua umum PKR itu ke Parlimen dan menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, walaupun rangka masanya belum selesai.

“Peralihan itu akan dilakukan pada pertengahan penggal. Jika anda langgar janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi. Bodoh untuk sesiapa mengubah perdana menteri sekarang,” kata Daim yang juga ketua Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan, seperti dilaporkan Straits Times.  

Daim memberitahu akhbar harian Singapura itu bahawa beliau ada bertemu Anwar dan berkata kepadanya “kamu sudah cuba berapa banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya”.

PKR mengkritik pemilihan Kabinet Dr Mahathir, mendakwa PKR sepatutnya diberikan lebih banyak jawatan kerana ia menang paling banyak kerusi pada PRU14 baru-baru ini. – 15 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen