TUMBANGNYA Barisan Nasional di Putrajaya pada 9 Mei lalu menunjukkan bahawa kaum dan agama bukan lagi isu kepada rkayat, kata calon Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Adun Tanjung Bungah Zairil Khir Johari berkata, ancaman perkauman BN tidak lagi berkesan di Malaysia selepas pakatan pemerintah dijatuhkan.
“Akhirnya kita mampu membina negara untuk semua rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap di ceramah mega yang diadakan di Esplanade malam ini.
Wakil rakyat Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata kemenangan PH pada iihan raya umum lalu menunjukkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mampu bersatu untuk menolak sentimen kaum dan agama yang dimainkan oleh BN.
“Pada 9 Mei, tiada tsunami Melayu, Cina atau India. Ia adalah tsunami rakyat Malaysia,” katanya.
Faiz berkata ini juga bermakna parti Islam PAS juga perlu hentikan bermain sentimen itu.
“PAS tidak boleh bantu Umno lagi. PAS perlu hentikan bermain dengan sentimen agama dan perkauman.
“Rakyat sudah matang. Mereka tidak akan menyokong parti yang memainkan isu itu lagi,” katanya. – 14 Mei, 2018.
Komen