Tiada arahan untuk jumpa perdana menteri, kata KP RoS 


The Malaysian Insight

KETUA pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) Suriyati Ibrahim hari ini menafikan desas-desus yang mengatakan beliau diarah bertemu dengan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia, beliau tidak menerima sebarang arahan untuk bertemu perdana menteri.

“Saya masih belum menerima arahan untuk sebarang tindakan lanjut, dan saya masih menjalankan tugas seperti biasa,” katanya.

Surayati bertanggungjawab mengumumkan Bersatu, parti yang dipengerusikan Dr Mahathir digantung berikutan kegagalan parti itu untuk menghantar beberapa dokumen kepada RoS.

Pengumuman tu dibuat sehari sebelum Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada 6 April.

Kerana penggantungan itu, Suriyati berkata permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai sebuah akatan ditolak.

Berikutan keputusan RoS, Bersatu bersama tiga lagi parti komponen dalam PH - PKR, DAP dan Amanah memutuskan untuk menggunakan logo PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen