Setiap parti adalah sama rata dalam Pakatan, kata Liew Chin Tong 


The Malaysian Insight

SETIAP parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sama rata, tanpa ada parti yang memegang lebih kuasa berbanding yang lain, kata pakar strategik DAP Liew Chin Tong.

Liew, yang merupakan bekas ahli Parlimen Kluang berkata, pasti terdapat perbezaan dalam kalangan parti itu tetapi tiada parti yang dominan dalam pakatan berkenaan.

“Ini adalah pakatan empat parti buat masa ini dan berkemungkinan Warisan akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.

“Jadi, ini adalah pakatan daripada sekurang-kurangnya lima buah parti. Akan terdapat perbezaan dan kami perlu wujudkan satu mekanisme,” katanya pada forum bertajuk “Keeping the Promise of Reform” di Universiti Sunway hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan baharu akan menjadi “pelepasan utama” kepada negeri sebuah parti sebagaimana negara sebelum ini, merujuk kepada Barisan Nasional yang didominasi Umno.

“Ini adalah sesuatu yang tidak semestinya buruk kepada negara. Masih ada masa untuk perubahan,” tambahnya.

Sementara itu, Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu berkata, Rakyat Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan kini dalam bagaimana penstrukturan kerajaan.

“Dalam struktur Barisan Nasional, apa yang kamu ada adalah satu parti yang mendominasi semua parti dan itu tidak wujud dalam PH.

“Kita ada pakatan yang sama rata. Apabila ada kesamarataan, ia tidak kira banyak mana kerusi yang kamu ada, kamu dilayan dan akan dilayan sama rata,” katanya.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

BN yang mentadbir negara selama 61 tahun, hanya memenangi 79 kerusi Parlimen manakala PH memenangi 122 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen