PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Shahrir Samad meletak jawatan hari ini, menurut laporan berita.
Majlis perpisahan diadakan sempena peletakan jawatan tersebut di ibu pejabat Menara Felda di Kuala Lumpur, lapor akhbar The Star.
Kakitangan kemudian dilihat mengiringi Shahrir keluar.
Shahrir dilantik sebagai pengerusi Felda pada Januari 2017, menggantikan Isa Samad.
Felda terbabit dengan beberapa skandal utama sejak kebelakangan ini, yang paling ketara ialah pendedahan beberapa lot tanah tanah bernilai sehingga RM1 bilion yang dipindah milik melalui “cara yang meragukan” pada tahun 2015. – 14 Mei, 2018.
Komen