PERDANA Menteri Dr Mahathir Moahamad mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dipimpin oleh orang baru susulan peletakan jawatan Dzulkifili Ahmad hari ini.
“Esok saya akan melantik pegawai baru untuk mengetuai SPRM,” kata Dr Mahathir semasa sidang akhbar hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak tahu mengapa Dzulkifli meletak jawatan dan berkata ia adalah keputusannya sendiri.
“Itulah adalah pilihannya. Beliau mungkin hanya disingkir kemudian atau boleh meletak jawatan atau mengambil cuti atau pergi bercuti,” kata Dr Mahathir sambil menambah tindakan itu akan diambil jika Dzulkifli didapati bersalah melakukan sebarang kesalahan.
“Jika siasatan mendedahkan terdapat kes terhadapnya, barulah kita boleh mengambil tindakan.” – 14 Mei, 2018.
Komen