SETIAP menteri yang mengangkat sumpah jawatan harus bebas daripada tuduhan salah laku, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dinamakan sebagai menteri kewangan, beliau perlu dibersihkan daripada sebarang salah laku sebelum boleh mengangkat sumpah.
“Dia tak angkat sumpah lagi, baru dinamakan. Kami akan bersihkan setiap menteri. Kami akan pastikan,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
“Kita perlu mengikut peraturan undang-undang. Sehingga dia (Lim) dibersihkan dari semua tuduhan, maka hanya selepas itu dia boleh mengangkat sumpah.”
Dr Mahathir menambah bahawa pada masa ini beliau akan mengambilalih portfolio kewangan.
“Pada masa ini saya tidak bertanggungjawab tetapi mereka akan melaporkan kepada saya. Kami mempunyai panel yang akan memantau kerja kementerian kewangan.
“Beberapa pelaksanaan yang perlu dilakukan akan dilakukan tetapi selebihnya kita perlu menunggu menteri,” katanya.
Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang menghadapi tuduhan rasuah atas dakwaan salah guna kuasa. – 14 Mei, 2018.
Komen