Ramai lagi pegawai kerajaan akan dihalang ke luar negara, menurut sumber 


The Malaysian Insight

KETUA setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan, ketua pegawai eksekutif 1MDB dan Peguam Negara antara mereka yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.

Menurut sumber, selain Irwan Siregar Abdullah, Arul Kanda dan Apandi Ali, banyak lagi nama yang dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk dihaang daripada meninggalkan negara.

“Banyak lagi nama yang dicadangkan. Senarai ini dijangka akan bertambah,” menurut sumber daripada jabatan berkenaan hari ini.

Dua hari lalu, Najib dan isterinya Rosmah Mansor dihalang daripada meninggalkan negara, selepas pasangan itu merancang meninggalkan negara ke Indonesia untuk bercuti.

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media beberapa jam kemudian berkata, beliau yang mengarahkan nama pasangan berkenaan disenarai hitam.

“Terdapat banyak aduan terhadap Najib, jadi kita perlu lihat semua ini,” kata Dr Mahathir dan menambah beliau mahu menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB secepat mungkin.

“Kami tidak mahu dibebani dengan permintaan ekstradisi,” katanya beberapa hari lalu. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen