2 Adun BN Perak digugurkan dari Umno, kata Zahid 


The Malaysian Insight

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Perak yang menyatakan sokongan kepada pembentukan kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat digugurkan daripada Umno, kata pemangku presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

“Secara automatik mereka gugur ahli Umno. Mereka digugurkan sebab mereka menyokong kerajaan PH,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau merujuk kepada Adun Tualang Sekah, Nolee Radzi dan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi yang mendakwa masih kekal bersama BN meskipun memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Faizal Azumu untuk membentuk kerajaan.

Pada pilihan raya umum baru-baru ini, PH mendapat 29 kerusi manakala BN (27) dan PAS (3).

Dalam kalangan PH pula, DAP mendapat kerusi paling banyak iaitu 18 diikuti Amanah (6), PKR (4) manakala Bersatu hanya satu kerusi. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen