GST akan dibatalkan, kata KSN


The Malaysian Insight

ANTARA hal pertama yang akan dilakukan perkhidmatan awam adalah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggariskan perkara itu sebagai salah satu daripada antara 10 perkara yang akan dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari mentadbir negara. 

“Kami akan laksanakannya. Salah satu perkara pertama ialah GST. PM akan umumkan nanti,” kata Ali selepas pertemuan dengan Dr Mahathir bersama-sama ketua-ketua perkhidmatan awam pagi ini.

Beliau berkata Dr Mahathir menasihatkan perkhidmatan awam mengenai tadbir urus dan untuk mematuhi undang-undang di negara ini.

Menghapuskan cukai GST adalah antara janji penting yang dibuat dalam manifesto PH, yang juga menjanjikan pelaksanaan subsidi minyak secara bersasar dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran. – 14 Mei, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen