Tiada rundingan dengan mana-mana parti, Zahid nafi jumpa Anwar


The Malaysian Insight

PEMANGKU Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak membuat sebarang rundingan dengan mana-mana parti untuk bersama Barisan Nasional (BN).

“Kita mahu Umno terus bangkit bersama rakan-rakan BN. Hishammuddin dan saya diberi kepercayaan majlis tertinggi Umno agar terus merapatkan BN.

“Setakat ini tiada rundingan lagi. Jika ada (rundingan) kita akan bincang dengan BN,” katanya menjawab soalan media adakah BN akan membuat rundingan dengan mana-mana parti untuk mengukuhkan parti itu selepas kalah pilihan raya.

Tegas Zahid, Umno masih kukuh kerana merupakan parti tunggal yang mempunyai banyak ahli parlimen Umno. Umno kini mempunyai 54 ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Zahid dalam pada itu turut menafikan dakwaan beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKR Anwar Ibrahim di hospital semalam.

“Waktu yang didakwa (jumpa Anwar) saya sedang bersolat hajat,” katanya lagi.

Sebelum ini tersebar di media sosial mengatakan bekas timbalan perdana menteri itu berjumpa dengan ketua umum PKR bagi tujuan yang tidak jelas. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen