KSN sahkan ketua pesuruhjaya SPRM letak jawatan


The Malaysian Insight

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifili Ahmad meletak jawatan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ali Hamsa.

Beliau berkata menerima surat peletakan jawatan Dzulkifili dan dia sedang bercuti sekarang.

“Ketua SPRM letak jawatan. Itu sahaja, dia akan bercuti. Sudah surat itu kepada saya,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya.

Beliau berada di sana dengan pemimpin-pemimpin lain untuk mengadakan sesi mesyuarat dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Walaubagaimanapun, Ali berkata, pengganti ketua SPRM masih belum diputuskan.

“Proses mencari pengganti masih dalam proses”.

Nasib Peguam Negara Apandi Ali masih belum diketahui dan dia akan keluarkan kenyataan kemudian, kata Ali. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen