SURAT yang tular di aplikasi sembang Whatsapp kononnya Kementerian Kewangan akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Jun adalah palsu.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih belum menetapkan tarikh pemansuhan cukai tersebut.
“Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi perundangan semasa dengan mengenakan GST seperti yang ditetapkan,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan yang dipaparkan di platform media sosialnya.
“Semua peniaga yang berdaftar untuk mengutip CBP mesti terus mematuhi undang-undang semasa,” kata kenyataan kementerian itu. Ia juga dipaparkan di platform media sosialnya.
Kenyataan palsu mendakwa GST akan dimansuhkan mulai 1 Jun dan tidak ada cukai baru dikenakan untuk dua tahun pertama di bawah kerajaan persekutuan PH.
Menghapuskan cukai yang tidak popular itu dalam tempoh 100 hari pertama adalah salah satu janji PH dalam manifesto pilihan raya. – 14 Mei, 2018.
Komen