MB Johor pertimbang peruntukan untuk Adun BN


The Malaysian Insight

MENTERI Besar Johor, Osman Sapian dilihat beralah daripada keengganannya sebelum ini untuk memberikan peruntukan pembangunan kepada Adun pembangkang di negeri ini, mengatakan ia bukan keputusan muktamad.

“Saya tidak mengatakan ia keputusan muktamad,” katanya dipetik oleh Malaysiakini selepas memulakan hari pertamanya di pejabat hari ini.

“Bukan mengatakan kita tidak akan memberikan peruntukan. Ia adalah untuk faedah rakyat, bukan? Saya juga berfikir memberi peruntukan untuk pejabat dan pembantu,” kata Osman sambil menambah pentadbirannya akan bersikap adil.

Osman dikritik kerana ucapan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang mengatakan beliau berkata tidak akan memberi peruntukan pembangunan kepada Adun Barisan Nasional. Beliau berkata tindakan demikian boleh diibaratkan sebagai “memberi peluru kepada pihak lawan”.

Beliau juga menyebut mengenai kekangan bajet negeri.

Osman berkata beliau akan berbincang dengan exconya yang lain, apabila dilantik, berhubung ketua pembangkang negeri diiktiraf sebagai sebagai anggota exco di dewan negeri. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen