Bekas pegawai SPRM buat laporan rasuah terhadap Najib


The Malaysian Insight

SEORANG bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat dua laporan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak hari ini, dengan mengatakan sekarang adalah masa yang tepat untuk berbuat demikian.

Abdul Razak Idris, 69, bekas pengarah risikan dan siasatan, membuat satu laporan terhadap Najib kerana dakwaan menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan suapan, dan satu lagi untuk dakwaan memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan.

Bertemu di luar pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini Razak berkata beliau juga sedang mempertimbangkan laporan polis di bawah di bawah Kanun Keseksaan berkenaan penjawat awam tidak menggunakan peraturan dan kehendak undang-undang dengan niat melindungi sesiapa daripada tuduhan jenayah atau hartanya dirampas.

“Saya mengemukakan laporan di SPRM hari ini supaya SPRM dapat mengambil tindakan segera, katanya dipetik oleh The Star.

Razak ketika ditanya mengapa beliau memilih memuat laporan sekarang, katanya tiada sebarang tindakan akan diambil jika dibuat lebih awal.

Perkara ini datang ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad meletak jawatan hari ini, selepas menerima lantikan pada Ogos 2016 dan berdepan kontroversi mengenai hubungan sulit. Beliau menyerahkan surat berkenaan kepada ketua setiausaha kerajaan pagi ini. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen