KETUA Menteri Sabah Shafie Apdal mengumumkan pembatalan sekatan ke atas dua pemimpin PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dari masuk ke negeri itu.
Ia merupakan antara tindakan pertamanya selepas memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua menteri hari ini.
Sekatan ke atas Nurul Izzah dan Tian Chua itu dijalankan semasa pentadbiran ketua menteri Musa Aman melalui usul khas di DUN Sabah pada November 2015.
Usul dibuat atas dakwaan bahawa kedua-duanya terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. – 14 Mei, 2018.
MENYUSUL
Komen