Dr Mahathir mulakan hari pertamanya di pejabat


The Malaysian Insight

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berdepan kesibukan tugas walaupun ia merupakan hari pertamanya di pejabat.

Beliau mengadakan mesyuarat khas dengan pemimpin kakitangan awam termasuk Ketua Setiausaha Kerajaan Ali Hamsa.

Menurut Ali, mesyuarat itu adalah mengenai 10 janji Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari pertama mengambil alih kerajaan.

“Dr Mahathir kini memberikan ucapan dan akan membincangkan pelaksanaan 10 janji selepasa 100 hari menjadi kerajaan,” katanya.

Sekitar jam 11.45 pagi, Dr Mahathir menerima lawatan mengejut daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Tujuan lawatannya tidak diketahui tetapi ia disertai anakandanya, Putera Mateen Bolkiah.

Sultan Brunei adalah pemimpin asing pertama yang melawat Dr Mahathir sejak beliau memenangi pilihan raya umum pada Rabu lalu dan dinamakan sebagai perdana menteri.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tiba tidak lama kemudian, sejurus sebelum ketibaan Sultan Brunei. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen