RAKYAT Malaysia, khususnya di semenanjung, meraikan Merdeka (kini digelar Hari Kebangsaaan) pada 31 Ogos, ia satu acara yang sepatutnya mengingatkan mereka tentang hari Tanah Melayu menyingkirkan pemerintahan penjajahan British, dan menjadi negara merdeka.
Itu adalah 67 tahun lalu, dan sejak itu hak rakyat untuk menentukan nasib sendiri membawa kepada perkembangan sosioekonomi yang meningkatkan standard hidup sebahagian besar rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, antaranya adalah lonjakan urbanisasi dan perindustrian, sekolah yang banyak, kolej dan universiti, klinik dan hospital, lebuh raya bertol yang merentasi negara dan bangunan pencakar langit serta kondominium yang mengubah lanskap bandar.
Tetapi itu hanya satu aspek daripada keseluruhannya.
Malangnya, masih ada kesan pemerintahan penjajah yang nampaknya begitu sukar dihapuskan, di mana kesannya dirasai Malaysia kontemporari oleh kebanyakan rakyat biasa pelbagai kaum, agama dan latar belakang budaya.
Secara khususnya, sebuah negara bersatu yang diimpikan nenek moyang kita masih belum tercapai sepenuhnya, sementara ada juga yang bimbang matlamat itu semakin sukar untuk difahami.
Dasar pecah perintah yang dilaksanakan penjajah British, yang dikecam oleh pemimpin politik pada masa lalu, kini berlaku lagi.
Elemen yang mempolarisasikan masyarakat majmuk kita dilihat dalam pelbagai bentuk dan peringkat. Ia boleh dilihat antaranya dalam pendidikan, perniagaan, perumahan, perpecahan politik mengikut kaum dan agama, serta penggunaan undang-undang yang tidak adil.
Kenapa, dalam zaman ini sekalipun, hospital kerajaan yang tertentu, contohnya masih perlu mendedahkan latar belakang kaum dan agama dalam boran pendaftaran. Nampak seperti seseorang pesakit itu mempunyai peluang lebih baik untuk sembuh jika dia berketurunan kaum tertentu.
Dalam kata lain, perbezaan kaum dan agama menjadi penanda penting untuk sesetengah individu dan institusi, bukannya indikasi untuk kita meraikan persamaan kita dalam kepelbagaian. – 31 Ogos, 2024.
Berita penuh di sini.
* Mustafa seorang wartawan kanan dengan The Malaysian Insight.
Komen