KM Pulau Pinang ke-5 angkat sumpah


The Malaysian Insight

NEGERI kubu kuat Pakatan Harapan (PH), Pulau Pinang hari ini menyaksikan Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai ketua menteri kelima.

Adun Padang Kota selama tiga penggal dan juga ahli Parlimen Tanjong itu mengangkat sumpah pada 11.10 pagi tadi di hadapan Yang Dipertua Dr Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara.

Chow, 59, ialah pemimpin DAP paling kanan di Pulau Pinang dan menjadi pengerusi DAP negeri sejak 1999.

Hadir sama menyaksikan upacara mengangkat sumpah ialah wakil rakyat PH dan bekas ketua menteri Lim Guan Eng yang akan meninggalkan Pulau Pinang selepas dilantik sebagai menteri kewangan.

PH Pulau Pinang berjaya mempertahankan negeri itu bagi penggal ketiga dengan memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN. Pada PRU13, PH menang di 30 kerusi.

Dalam kalangan PH, DAP kekal pemenang terbesar dengan 19 kerusi DUN.

Barisan Nasional hanya menang dua kerusi dan PAS satu. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen