ANWAR Ibrahim akan dibebaskan esok selepas Yang di-Pertuan Agong menandatangani kertas pengampunannya.
Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Agong akan mempengerusikan mesyuarat untuk membebaskannya esok dan Anwar akan dibebaskan dengan segera.
“Mesyuarat lembaga pengampunan dipengerusikan oleh Agong esok. Beliau sepatutnya dibebaskan selepas itu,” katanya kepada Malaysia Decides.
Dr Wan Azizah, yang juga timbalan perdana menteri berkata kertas itu sudah ditandatangani tetapi Agong masih terpaksa mengetuai mesyuarat lembaga pengampunan.
“Prosedur tetap perlu diikuti.”
Ketua Umum Pakatan Harapan Anwar didakwa dengan kesalahan liwat pada 2008. Beliau dibicarakan pada 2010 dan 2011 tetapi dibebaskan pada 2012
Pada Mac 2014, pembebasannya dibatalkan dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Apabila ditanya sama ada terdapat sambutan pembebasan Anwar, Dr Wan Azizah berkata rakyat pasti mahukannya.
“Rakyat akan meraikannya! Alhamdulillah!” – 14 Mei, 2018.
Komen