KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatannya pagi ini, lapor mStar.
Surat perletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini, lapor portal berita itu.
“Ya, surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini,” lapor mStar, memetik sumber.
Sementara itu, Astro Awani yang juga memetik sumber melaporkan surat perletakan jawatan tersebut diserahkan kepada KSN sebelum mesyuarat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan semua ketua setiausaha kementerian pagi ini.
Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu secara kontrak selama lima tahun bermula 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.
Beliau menggantikan bekas ketua agensi anti rasuah itu, Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Malaysia Decides sedang mendapatkan pemimpin tertinggi SPRM dan KSN untuk pengesahan lanjut. – 14 Mei, 2018.
MENYUSUL
Komen