Jeffrey Kitingan lapor diri untuk bertugas


The Malaysian Insight

SEORANG daripada menteri Barisan Nasional (BN), Dr Jeffrey Kitingan melaporkan diri untuk bertugas hari ini.

Beliau dilantik sebagai timbalan ketua menteri dan menteri pertanian dan industri makanan oleh Kabinet Musa Aman.

Seorang pegawai kementerian mengesahkan Jeffrey tiba sekitar pukul 10 pagi di Wisma Pertanian ketika kawalan keselamatan di pejabat diperketatkan.

“Kementerian kini dipenuhi anggota polis untuk menghentikan orang ramai daripada memasuki bangunan,” katanya.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 11 Mei dan segera menamakan barisan Kabinetnya.

Musa turut mengadakan mesyuarat Kabinet yang pertama selepas itu.

Sementara itu, Presiden Warisan Shafie Apdal yang mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 12 Mei, masih belum menamakan Kabinetnya.

Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Sabah berhubung krisis Perlembagaan berikutan kewujudan dua ketua menteri di negeri itu. – 14 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen