KETUA menteri Sarawak Abang Johari Openg menafikan membuat tawaran kepada Barisan Nasional Sarawak untuk meninggalkan pakatan yang kalah tiu dan menyertai Pakatan Harapan yang baru sahaj memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.
“Tidak. Tidak akan (buat tawaran untk sertai PH),” kata Abang Johari kepada pemberta selepas menghadiri Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa (IDEC).
Katanya, beliau tentu saja “mempunyai seperti kerjasama” sebagaimana dalam mana-mana persekutuan.
Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang memenangi 13 kerusi Parlimen berkata, beliau aka meneruskan dengan mandat yang diberikan kepadanya melalui pendahulunya Adenan Satem.
BN memenangi 19 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan.
Dalam satu kenyataan sehari selepas pilihan raya, Abang Johari berkata kerajaan negeri BN, walaupun kerajaan pembangkang, akan terus berkerja dengan kerajaan persekutuan untuk manfaat rakyat di Sarawak secara khususnya dan Malaysia amnya.
Katanya, keutamaan kerajaannya adalah untuk mendaatkan semula hak negeri yang terhakis kembali ke Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan memantau semua janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan bagi lima tahun akan datang, terutamanya yang berkaitan dengan Sarawak. – 13 Mei, 2018.
Komen