EMPAT lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sabah menyatakan sokongan mereka kepada pakatan Warisan-PH.
Mereka adalah Adun Kuala Penyu Limus Jury (Upko), Adun Kuamut, Masiung Banah (Upko), Adun Sugut, James Ratib (Umno) dan Adun Pitas, Bolkiah Ismail (Umno).
Kesemua empat mereka dilihat hadir di kediaman ketua menteri Sabah Shafie Apdal di Penampang.
Turut menyatakan sokongan sebelum ini adalah bekas senator Upko Lucas Umbul, bekas ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris dan ketua Wanita BN Sabah Armani Mahiruddin.
Ini bermakna Warisan-PH kini mempunyai 40 kerusi majoriti berbanding BN 20 kerusi. – 13 Mei, 2018.
Komen