SHAFIE Apdal menjalankan tugas pertamanya sebagai ketua menteri Sabah hari ini dengan menghadiri Pelumbaan Perahu Naga kali kelima Persatuan Persekutuan Cina Sabah (FCAS) pagi ini.
Presiden Warisan itu mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam tadi, iaitu dua hari selepas pengerusi Barisan Nasional Sabah Musa Aman turut mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, meninbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Sabah berhubung krisis perlembagaan berikutan kewujudan dua ketua menteri di negeri itu.
“Perlumbaan perahu naga dan perayaan yang diadakan di Sabah bukan sahaja acara yang mengetengahkan budaya Sabah, tetapi ia juga memperkasakan ikatan perpaduan anara kaum dalam kalangan masyarakat Sabah,” kata Shafie.
Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin dan presiden FCAS T.C Goh.
Sebanyak 121 pasukan mengambil bahagian dalam perlumbaan itu hari ni. – 13 Mei, 2018.
Komen