PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan hari ini bahawa Akta Antiberita Tidak Benar akan dikekalkan, namun akan diberikan takfrifan yang jelas.
“Undang-undang berita palsu ini akan diberi definasi yang jelas supaya orang ramai dan syarikat pemberita akan faham apa yang dikatakan berita palsu dan apa yang bukan palsu,” katanya dalam sesi penerangan khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.
“Ada akhbar yang pro itu dan pro ini, tetapi kita tidak akan sekat mereka asalkan laporan mereka mempunyai asas. Sebarang usaha untuk mencetuskan ketengangan, tidak akan dibenarkan.
“Tetapi kalau mereka membuat laporan walaupun tidak disenangi kerajaan, itu mereka bebas dan tidak ada tindakan,” tambahnya. – 13 Mei, 2018.
Komen