PERDANA Menteri, Dr Mahathir Mohamad melawat Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) petang ini, lapor Bernama.
Ini disahkan pegawai komunikasi korporat dari Pejabat Menteri Besar Selangor yang hadir semasa lawatan tersebut.
Beliau berkata Dr Mahathir tiba kira-kira jam 5.30 petang dan menghabiskan masa selama 90 minit bersama Anwar, yang sembuh selepas menjalani pembedahan.
Turut hadir isteri Anwar, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Dilaporkan hari ini bahawa Anwar akan dibebaskan dari penjara pada hari Selasa.
Anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, memberitahu Channel NewsAsia bahawa dia akan menerima pengampunan penuh, yang membolehkannya menyertai politik sekali lagi. – 12 Mei, 2018.
Komen