Pengguna media sosial ‘sekolahkan’ Rafizi


The Malaysian Insight

RAFIZI Ramli dikritik pengguna media sosial selepas pemimpin PKR itu bertindak menuduh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak meminta restu partinya untuk melantik tiga menteri Kabinet yang baru.

Ramai rakyat Malaysia berpandangan perkara itu harus diselesaikan secara dalaman dan tidak perlu dengan cara mengeluarkan kenyataan di media sosial sehingga mencetuskan polemik.

Vigneswaran (@ V1gn3s) bertanya mengapa naib presiden PKR itu tidak menimbulkan perkara tersebut secara tertutup, memandangkan PKR mempunyai akses langsung kepada Dr Mahathir.

“Kenapa anda harus pergi ke umum dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap PH?” ciapnya sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Rafizi bahawa rundingan Kabinet masih berjalan.

K Hafizi (@KHafiziAhmd) pula berciap kepada bekas Pandan MP: “Encik Rafizi ... walaupun masih dibincangkan, jangan buat kenyataan seperti ini ... Rakyat Malaysia buat keputusan 4 hari yang lalu.”

Brenda (@candlekhoo) berkata jika pelantikan belum selesai, perkara itu harus disimpan dalam perjanjian PH.

“... ini hanya menunjukkan bahawa kamu semua tidak bersatu, bagaimana rakyat akan melihat kamu? Kerajaan dibentuk hanya beberapa hari lalu!

Dr Mahathir hari ini mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri dan Presiden Amanah Mohamed Sabu sebagai menteri pertahanan.

Rafizi dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Dr Mahathir menamakan tiga menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) hari ini sebagai keputusan sepihak dan tidak muktamad.

Naib Presiden PKR itu berkata, perbincangan masih dijalankan dan pelantikan kabinet memerlukan persetujuan kesemua empat parti komponen PH.

Beberapa pengguna Twitter menganggap kenyataan Rafizi itu sebagai ketidakpuashatian PKR kerana tiada wakilnya yang dinamakan dalam tiga pelantikan tersebut.

Syafiq Zaharin (@syafqz) mempersoalkan sama ada PKR mengejar jawatan, termasuk menteri kewangan.

“Apa pun, Rafizi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan akhbar seperti ini, Rafizi, kenapa awak begitu kebudak-budakan?”

Beberapa pengguna Twitter berkata mereka percaya Dr Mahathir, yang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai perdana menteri selepas berkhidmat dari 1981 hingga 2003, mengetahui apa yang sedang dilakukannya, dan kenyataan Rafizi tidak menghormati pemimpin yang berpengalaman itu.

“Cukup, Rafizi dari PKR tidak menghormati PM Tun (Dr Mahathir) berhak untuk mengumumkan kabinetnya, terutamanya untuk kementerian-kementerian utama. Jangan kata yang ketua de facto PKR Anwar Ibrahim mahu mengawal perdana menteri?” kata blueocean (@ ayg16).

Samuel Khoo (@KoolSammm), yang membalas twit Rafizi, berkata: “Itu tidak cool! berkerjasamalah! Kami boleh tendang Barisan Nasional, kami juga boleh menendang anda!”

Pengguna Twitter menambah: “Anda tidak melihat apa-apa yang salah apabila PM membuat pengumuman itu, tetapi anda mengeluarkan kenyataan bahawa pengumuman itu tidak muktamad? TOLONGLAH, dia sengaja mencemarkan autoriti PM!”

Justice4All (@ naufan2018) berkata: “Tun M (Dr Mahathir) tahu apa yang dia lakukan, tidak perlu mempersoalkan PM kita yang dikasihi.

“Hormatilah Perdana Menteri, anda semua kerajaan sekarang, bukan pembangkang, jangan buat orang kehilangan keyakinannya (terhadap anda),” kata EmahTimah (@emahtimah).

Terdahulu hari ini, peguam dan aktivis terkemuka Ambiga Sreenevasan menyelar Rafizi: “PKR, tolong hentikan karut-marut kamu.”

Beliau menegaskan bahawa menyokong sepenuhnya ketiga-tiga pelantikan itu, dan mengingatkan semua pihak supaya meletakkan negara sebagai keutamaan daripada perkara yang lain, seperti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dengan mengundi PH menjadi kerajaan. – 12 Mei, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen